File:Pemasyhuran Kemerdekaan Malaya 1957.jpeg

页面内容不支持其他语言。
這個文件來自維基共享資源
维基百科,自由的百科全书

原始文件(2,366 × 3,186像素,文件大小:1.98 MB,MIME类型:image/jpeg


摘要

描述
English: The declaration of Malaya's Independence written in Jawi script, displayed in the National Museum, Malaysia
Bahasa Melayu: ڤمشهوران كمرديكاءن تانه ملايو دالم توليسن جاوي، دڤاميركن د موزيوم نݢارا

Transliteration in Rumi
Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya

Bahawasanya, oleh kerana telah tiba lah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia.

Dan bahawasanya, oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu maka telah dipersetujui bahawa Negeri-Negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta Negeri-Negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai daripada 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah persekutuan baharu bagi Negeri-Negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya, oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian yang tersebut iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh yang tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatan baginda di atas kedua-dua buah Negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya, oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian-perjanjian yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau pun salah seorang daripada baginda-baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuatkuasa-kuatkuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen atau pun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat yang tersebut itu atau pun yang berhubung dengannya atau Negeri-Negeri Melayu atau pun Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya, oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuatkuasanya.

Dan bahawasanya, oleh kerana sebuah perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya, oleh kerana perlembagaan persekutuan yang tersebut itu maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen.

Dan bahawasanya, oleh kerana perlembagaan persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan suatu Undang-Undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan Undang-Undang yang diadakan oleh Negeri-Negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan di dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian perlembagaan itu telah berjalan kuatkuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga puluh satu hari bulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya Negeri-Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wata’ala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.

Kuala Lumpur

31 Hari bulan Ogos tahun 1957

Signature

Perdana Menteri

English translation

Declaration of Independence

In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful. Praise be to Allah, the Lord of the Universe and may the blessings and peace of Allah be upon His Messengers.

Whereas the time has now arrived when the people of the Persekutuan Tanah Melayu will assume the status of a free independent and sovereign nation among nations of the World

And whereas by an agreement styled the Federation of Malaya Agreement, 1957, between Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers of the Malay States it was agreed that the Malay States of Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu and Perak and the former Settlements of Melaka and Pulau Pinang should as from the 31st day of August, 1957, be formed into a new Federation of States by the name of Persekutuan Tanah Melayu

And whereas it was further agreed between the parties to the said agreement that the Settlements of Melaka and Pulau Pinang aforesaid should as from the said date cease to form part of Her Majesty’s dominions and that Her Majesty should cease to exercise any sovereignty over them.

And whereas it was further agreed by the parties aforesaid that the Federation of Malaya Agreement, 1948, and all other agreements subsisting between Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers or any one of them immediately before the said date should be revoked as from the date and that all powers and jurisdiction of Her Majesty or of the Parliament of the United Kingdom in or in respect of the Settlements aforesaid or the Malay States or the Federation as a whole should come to an end

And whereas effect has been given to the Federation of Malaya Agreement, 1957, by Her Majesty the Queen, Their Highnesses the Rulers, the Parliament of the United Kingdom and the Legislatures of the Federation and of the Malay States

And whereas a constitution for the Government of the Persekutuan Tanah Melayu has been established as the supreme law thereof

And whereas by the Federal Constitution aforesaid provision is made to safeguard the rights and prerogatives of Their Highnesses the Rulers and the fundamental rights and liberties of the people and to provide for the peaceful and orderly advancement of the Persekutuan Tanah Melayu as a constitutional monarchy based on Parliamentary democracy

And whereas the Federal Constitution aforesaid having been approved by an Ordinance of the Federal Legislatures, by the Enactments of the Malay States and by resolutions of the Legislatures of Melaka and Pulau Pinang has come into force on the 31st day of August 1957, aforesaid

Now In the name of Allah the Compassionate, the Merciful, I Tunku Abdul Rahman Putra ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Prime Minister of the Persekutuan Tanah Melayu, with the concurrence and approval of Their Highnesses the Rulers of the Malay States do hereby proclaim and declare on behalf of the people of the Persekutuan Tanah Melayu that as from the thirty first day of August, nineteen hundred and fifty seven, the Persekutuan Tanah Melayu comprising the States of Johor, Pahang, Negeri Semblian, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka and Pulau Pinang is and with Allah’s blessing shall be for ever a sovereign democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people and the maintenance of a just peace among all nations.

Kuala Lumpur,

31st Day of August 1957

Signature

Prime Minister
日期
来源 自己的作品 , image taken in National Museum of Malaysia
作者 Orhanghazi
授权
(二次使用本文件)

Malaysia

马来西亚法律1987年版权法第13(2)(d)节(合并版,15/08/2000,编号A1082) ,其中规定控制权不包括在:
  • 在电影或广播中包含位于公众可以观看的地方的任何艺术作品;
  • 复制和分发永久位于公众可以观看的地方的任何艺术作品的副本。
根据第3节,艺术作品的定义是任何图形作品、照片、雕塑、拼贴画以及建筑或艺术工艺作品。参考:COM:CRT/Malaysia#Freedom of panorama

English | 한국어 | македонски | 中文 | +/−

许可协议

我,本作品著作权人,特此采用以下许可协议发表本作品:
w:zh:知识共享
署名 相同方式共享
本文件采用知识共享署名-相同方式共享 4.0 国际许可协议授权。
您可以自由地:
  • 共享 – 复制、发行并传播本作品
  • 修改 – 改编作品
惟须遵守下列条件:
  • 署名 – 您必须对作品进行署名,提供授权条款的链接,并说明是否对原始内容进行了更改。您可以用任何合理的方式来署名,但不得以任何方式表明许可人认可您或您的使用。
  • 相同方式共享 – 如果您再混合、转换或者基于本作品进行创作,您必须以与原先许可协议相同或相兼容的许可协议分发您贡献的作品。

说明

添加一行文字以描述该文件所表现的内容

此文件中描述的项目

描繪內容

摄影器材 简体中文(已转写)

文件历史

点击某个日期/时间查看对应时刻的文件。

日期/时间缩⁠略⁠图大小用户备注
当前2016年4月14日 (四) 03:012016年4月14日 (四) 03:01版本的缩略图2,366 × 3,186(1.98 MB)OrhanghaziUser created page with UploadWizard

以下页面使用本文件:

全域文件用途

以下其他wiki使用此文件:

元数据